Wednesday, December 16, 2009

Merry Christmas Kris!

Rakan penyampai kita...DJ Kris yang popular dengan rancangan puisinya yang romantis setiap malam di SELANGORfm, akan menyambut perayaan Hari Krismas 25 Disember ini. Bukan main berkobar-kobar lagi DJ Kris nak ambil cuti panjang untuk bersama keluarganya di Sabah bagi meraikan Krismas.
Untuk Kris yang sudah pun terbang ke Sabah beberapa hari yang lalu, Selamat Menyambut Krismas dari kami di Radio Malaysia SELANGOR fm! Salam 1Malaysia!!!

Monday, December 7, 2009

F&W Vs. "S Kuasa Dua"!

Hmmmm...bermula Oktober lalu, F&W yang menceriakan petang anda di Radio Malaysia SELANGORfm sudah ada pasukan lawannya. Bukan lawan bergaduh, tapi lawan untuk memeriahkan lagi Segmen Hangat di Stesen Pilihan Tepat ini....

F&W yang diserikan dua DJ comel...DJ Wawa dan DJ Fairuz akan bersama dengan pendengar di hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu. Manakala "S Kuasa Dua" yang dimeriahkan dua nafas baru...DJ Sharul dan DJ Shafaiza akan bersama pendengar pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Pukul berapa agaknya tu? Waktunya ialah pukul 2 petang hingga 6 petang!

Apa itu F&W dan "S Kuasa Dua"? Haaaaa...kepada yang masih belum tau, F&W ialah singkatan kepada Fairuz & Wawa. "S Kuasa Dua" pula merujuk kepada Sharul dan Shafaiza. Pelbagai segmen berbeza akan menemui para pendengar setiap hari dan yang menariknya, selain dapat membuat permintaan lagu, pendengar turut berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi kuiz yang dikemukakan!

Jadi...jangan ketinggalan mendengarkan SELANGORfm di frekuensi 100.9 fm ataupun menerusi laman web di http://selangorfm.mmu.edu.my "Bukan Sebarang Stesen"!

Tuesday, November 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha!


Bila unta bersedih...

Bila lembu, kerbau dan kambing dah tak selera makan...

Bila ayam dan itik bertempiaran ketakutan...

Itu tanda HARI RAYA KORBAN dah dekat!!!!!!

Kami warga kerja Radio Malaysia SELANGORfm ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca blog dan semua pendengar yang kami sayangi!

Sunday, October 18, 2009

'POT LUCK' RAYA SELANGORfm: Juadah

Inilah antara juadah yang dibawa oleh kakitangan SELANGORfm untuk Pot Luck Raya 2009. Semuanya sedap2...almaklumlah, masak sendiri! Ewahhhhhh....

Mi Kari Ishak Harun

Tako...sate dan popia sumbangan Tuan Hj Khir


Sandwich Istimewa Cik Senah MM

Sambal Sotong Salbiah Sharif


Dadih Nur Azlin (Kewangan)

Traffle Fruity Dassky Shah Ewas


Sambal Goreng Sharul Bahat

Buah-buahan Hamidah Aris

Kari Ayam Fairuz Hiras

Nasi impit & Kuah kacang Nor Ashikin Abd Halim (Pentadbiran) dan Bihun Goreng Bikin Panas Wahidah Mohd Yaacob